Search This Blog

Saturday, January 16, 2010

CINTA SEBELUM KAHWIN

Dalam surah ar-Ru ayat 21 Allah menyatakan, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran"

Cinta sebelum kahwin adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian individu yang mempunyai kesamaaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. cinta sebelum kahwin biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah kemaksiatan dan kelalaian dalam percintaan. walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut :

  • Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan telefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
  • menghormati maruah dan harga diri masing-masing dalam erti kata lain tidak membenarkan berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang ketiga adalah syaitan . di samping itu, tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
  • Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. restu ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. ibu bapa seharusnya memainkan peranan dengan memastikan ank-anak tidak melupakan tanggungjawab periabadi dan batas akhlak dan ajran agama Islam semasa bercinta.
  • Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
  • Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hatu supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. janganlah mencintai seseoarang kerana harta, rupa atau keturunanya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk merumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka-ria, maka percintaan itu adala penipuan dan setipa perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Alllah.

TIPS MENGEKALKAN HUBUNGAN CINTA
  • Bercintalah dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah
  • Sentiasa mengambil tahu hal ehwal kekasih
  • Mengekalkan rasa hormat, kasih sayang dan kejujuran dalam percintaan
  • Jangan menurut hawa nafsu dalam percintaan
  • Keluar mesti bertemankan mahram
  • Jangan berdua-duaan ditempat yang sunyi kerana yang ketiga adalah syaitan.
  • Jaga tutur kata dan peliharalah batas-batas pergaulan


edit from Psikologi Cinta: Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsas




Thursday, December 17, 2009

SALAM MAAL HIJRAH 1431H bersamaan 18/12/2009 M

Bersama Menghayati Semangat Hijrah Nabi
editor : Suhail Ahmad
Awal Muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya mengubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah s.w.t supaya beliau berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi. Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi. Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Abu Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku? Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilh dan berjaya. Salam Awal Muharam.

Tuesday, December 8, 2009

HADITH MENGENAI WANITA


"Sewaktu saya tengah belek-belek sebuah majalah lama,saya terbaca artikel ini. Tajuknya menarik hati saya untuk memuatnya dalam ruangan corat-coret. Boleh juga menjadi satu pengisian. Sama-samalah kita mengambil pengajaran daripadanya...Selamat membaca.."



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Sekian, Wallahu a'lam.





Monday, December 7, 2009

WANITA SOLEHAH....



"Keikhlasan Itu Umpama Seekor Semut Hitam di Atas Batu Yang Hitam di Malam Yang Amat Kelam. Ianya Wujud Tetapi Amat sukar Dilihat.
Ketahuilah Bahawa Dalam Setiap Jasad Itu Ada Seketul Daging yang Apabila ia Baik maka Baiklah Seluruh Jasad dan Apabila ia Rosak, maka Rosaklah Seluruh Jasad. Ketahuilah ia Adalah HATI "

Wanita Solehah...
Sentiasa tenang jiwanya. Lantaran itu sentiasa membesarkan Tuhan didalam solatnya dan sunnah Rasulullah menjadi jalan kehidupannya. Menjadikan akhbar dan hiburan janji-janji Allah sebagai jaminan ketenangan buatnya. Sumber jiwanya beroleh kekuatan agar sabar menentang segala musibah.
BERTEGUH MEMEGANG HUKUM HAKAM ALLAH
Inilah Wanita Solehah...
Tidak membiarkan diri menjadi busar panahan syaitan diperalatkan untuk mengumpan kaum Adam memandangnya...menyejukkan mata...
Dirinya tenteram, membiarkan hiburan..
Sekiranya ia seorang isteri, keperibadiaannya menjadi penghibur hati suaminya.
SENTIASA MENGUNTUM SENYUMAN DI HADAPAN SUAMINYA
sanggup hidup berdua mati bersama. Lantaran mengharapkan keredhaan Allah semata-mata memadai dengan apa yang ada. Tidak pernah menuntut apa yang tiada. Dirinya menjadi tulang belakang perjuangan suami sehingga suami merasa rumah itu syurga menjadi kekuatan untuk menegakkan jihadnya.
Natijahnya lahirlah jiwa sakinah bernafsukan mutmai'nah.
SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH