Search This Blog

Saturday, January 16, 2010

CINTA SEBELUM KAHWIN

Dalam surah ar-Ru ayat 21 Allah menyatakan, "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran"

Cinta sebelum kahwin adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian individu yang mempunyai kesamaaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. cinta sebelum kahwin biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah kemaksiatan dan kelalaian dalam percintaan. walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut :

  • Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan telefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.
  • menghormati maruah dan harga diri masing-masing dalam erti kata lain tidak membenarkan berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang ketiga adalah syaitan . di samping itu, tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.
  • Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. restu ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. ibu bapa seharusnya memainkan peranan dengan memastikan ank-anak tidak melupakan tanggungjawab periabadi dan batas akhlak dan ajran agama Islam semasa bercinta.
  • Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredhai dan diberkati oleh Allah s.w.t. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.
  • Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hatu supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. janganlah mencintai seseoarang kerana harta, rupa atau keturunanya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk merumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka-ria, maka percintaan itu adala penipuan dan setipa perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Alllah.

TIPS MENGEKALKAN HUBUNGAN CINTA
  • Bercintalah dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah
  • Sentiasa mengambil tahu hal ehwal kekasih
  • Mengekalkan rasa hormat, kasih sayang dan kejujuran dalam percintaan
  • Jangan menurut hawa nafsu dalam percintaan
  • Keluar mesti bertemankan mahram
  • Jangan berdua-duaan ditempat yang sunyi kerana yang ketiga adalah syaitan.
  • Jaga tutur kata dan peliharalah batas-batas pergaulan


edit from Psikologi Cinta: Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsas




No comments:

Post a Comment